Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya diberikan ruang untuk memberikan sepatah dua kata di dalam laman web Kolej Ketengah ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan “Selamat Datang” kepada semua pengunjung laman web KOLEJ KETENGAH ini. Kunjungan anda ke laman web ini amatlah dialu-alukan dan dihargai.
Perkembangan teknologi maklumat yang pesat telah memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dihujung jari tidak kira di mana jua anda berada. Adalah diharapkan semua pengunjung laman web KOLEJ KETENGAH ini dapat menggunakan dan memanfaatkan...
Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Laman Web Kolej Ketengah. Kolej Ketengah merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang bernaung di bawah Syarikat Ketengah Holding Sdn. Bhd (KHSB) iaitu syarikat anak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Kolej Ketengah menawarkan ...
Sijil Kemahiran Malaysia
A-Level
Diploma Pendidikan
Awal Kanak-Kanak
Program Latihan
Kemahiran & Kerjaya
"Kolej ketengah adalah satu tempat yang baik untuk pembelajaran dan tempat yangg menyeronokan dan mempunyai tenaga pengajar yg amat baik. Mengikut pengalam manis saya di Kolej Ketengah pensyarah adalah ibarat kawan, kakak dan abang kepada saya. Bukan sahaja mereka mengajar tentang bidang yg kita pelajari tapi kita belajar erti kehidupan saya rasa amat gembira dan bersyukur kerana pernah menuntut ilmu di Kolej Ketengah. Jasa dan doa pensyarah yang banyak mendidik saya sampai ke tahap ini takkan saya lupakan"
"Kolej ketengah adalah institut pengajian yang terbaik bagi saya .Tempat tidak jauhh ke pendalaman ,mempunyai pelbagai kemudahan dan kwasan yang mnyenangkan . Selama 2 tahun mengikuti kursus dalam bidang DPAKK .Banyak kenangan dan pengalaman manis di Kolej Ketengah bersama rakan-rakan dan pensyarah. Berkat ilmu yang dicurahkan oleh para pensyarah yang hebat hebat alhamdulillah saya sudah mencapai cita cita saya menjadi seorang pendidik di Jabatan Kemas , Tanpa ilmu dan tunjuk ajar pensyarah dan rakan seperjuangan siapalah saya. Kolej Ketengah terbaik"
"Terima kasih Kolej Ketengah , pensyarah serta rakan rakan yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang berada di Kolej Ketengah. Semoga Kolej Ketengah berkembang maju di masa hadapan"
"Kolej ketengah mengukir potongan perjalanan hidupku dengan sangat indah dan penuh makna. Kolej Ketengah bukan sahaja mengajar tentang bidang yg kita pelajari juga mendidikku tentang arti kedewasaan, ketabahan, kekuatan, keikhlasan, jati diri, teman sejati."
"Saya menemukan segalanya di Kolej Ketengah tercinta kekeluargaan, persahabatan persaudaraan dan kebanggaan serta kepercayaan diri. Semangat untuk terus maju kehadapan. Ilmu yang mereka ajarkan selalu saya gunakan setiap hari. Boleh dibayangkan betapa besar balasan Allah SWT atas ilmu yang bermanfaat yang telah pensyarah2 berikan kepadaku. Semoga kalian selalu berada ditempat paling indah di sisi Nya"